Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog Pusat Sumber SK Rapat Jaya, Ipoh, Perak...

Marquee

Thursday 11 May 2017

Anugerah Guru Popular 2017...

Assalamualaikum semua....lama tak update blog ini disebabkan terlalu byk kerja-kerja yang perlu diselesaikan.  Setiap tahun kita akan menyambur Hari Guru dan setiap tahun itu jugalah (kdg2 jer...hehe) pihak PSS mengadakan Anugerah Guru Popular..Tujuan mengadakan anugerah ini hanyalah untuk suka2 jer.  Bukanlah bermakna ada guru yg elok dan yg tak elok...Cumanya sekadar ingin mengetahui guru mana yg popular.  Popular dalam ertikata dikenali dan diingati oleh murid-murid atau bekas-bekas murid dan juga para ibubapa serta kawan-kawan guru yang mungkin mengkagumi khidmat mereka sebagai seorang pendidik...Oleh itu siapapun boleh mengundi guru pilihan mereka di kotak sebelah kiri blog ini..Setiap hari anda boleh mengundi hanya sekali tetapi boleh memilih lebih dari seorang guru ataupun semua sekali pun boleh...Boleh mengundi menggunakan komputer atau laptop atau tab atau handphone...kalau anda ada 10 handphone maka 10 kali sehari lah anda boleh mengundi...hehehe

Oleh itu, selamat mengundi semua...Ini bukan pilihanraya tpi ini hanya untuk suka2..Bukan ingin menyentuh hati ssesiapa...Kita saja nak hepi2 kan kan kan.....Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini...

Hari Guru...

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

 Objektif
  • " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan

Monday 8 May 2017

Lagu Guru Malaysia...



2 buah klip Lagu Guru Malaysia.....SELAMAT HARI GURU 2017 untuk semua warga pendidik SKRJ...