Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog Pusat Sumber SK Rapat Jaya, Ipoh, Perak...

Marquee

Friday 18 November 2011

Pertandingan Melukis Dan Mewarna...



Pada 14 Nov yg lalu telah berlangsung pertandingan melukis dan mewarna anjuran Staedtler dan juga Erra Fazira Art Club...berlangsung di dewan terbuka SKRJ...wahhh!!! bukan main lagi adik2 kita melukis dan mewarna lukisan mereka yang bertema Sayangi Haiwan...Berikut adalah paparan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung...Terima kasih pada Staedtler kerana menghargai bakat anak2 kecil ini...semoga bakat terus berkembang dan ilham datang bertandang...





Intai-intai....jom!!!

Jom sesekali kita intai telatah cikgu2 kesayangan...yang hensem macho...yg comey cute...shhhhh...ada antara gambar2 ni candid tauuu....sekadar hiburan dan juga buat tatapan bekas2 murid SKRJ yang merindui cikgu2 mereka....kita saksikan...jom!!!

Wednesday 9 November 2011

Kem Membaca 1Malaysia...

Baru-baru ini telah berlangsung Kem Membaca 1Malaysia dari 31Oktober hingga 4November...Acara yang berlangsung di seluruh Malaysia ini bertujuan menggalakkan tabiat suka membaca di kalangan para pelajar..Apa yang menarik ialah bacaan selama 33.5minit serentak seluruh negara bermula pada jam 9.30 pagi...Banyak lagi aktiviti yg telah dijalankan..nak menerap tabiat suka membaca mmg agak payah untuk dilaksanakan namun alhamdulillah sedikit sebanyak telah menampakkan kemajuan bak kata pepatah alah bisa tegal biasa...Semoga tabiat suka membaca ini akan berterusan dalam jiwa anak bangsa generasi yang bakal mengharumkan nama negara, bangsa dan agama...menjadi manusia berakhlak mulia peribadi terjaga...Kesempatan ini pihak PSS ingin merakamkan ribuan terima kasih pada semua guru yang terlibat dan juga semua murid SKRJ kerana telah menyertai program ini dan memberikan kerjasama yang baik...Berikut adalah beberapa paparan foto yg sempat dirakamkan oleh pihak PSS dan insyaAllah akan menyusul foto2 menarik rakaman jurugambar profesional...sekadar tatapan rentetan peristiwa di Kem Membaca 1Malaysia...


Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Make a picture slideshow

Monday 7 November 2011

Aktiviti Bahasa Inggeris Yr 6 & Yr 1...

Baru-baru ini  berlangsung aktiviti Panatia Bahasa Inggeris di PSS...Aktiviti ini ialah gabungan murid-murid Tahun 6 dan juga Tahun 1...tujuannya ialah untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dan menanam minat murid terhadap Bahasa Inggeris...aktiviti di Bilik Tayangan itu memaparkan bagaimana murid Tahun 6 membuat persembahan dan seterusnya mengajak murid Tahun 1 menyertai mereka menyanyi sambil menari mengikut lagu dan video Youtube yg dipaparkan di layar putih menerusi LCD...Kerjasama antara murid-murid ini adalah cetusan idea oleh Miss Liz...mentor Bahasa Inggeris untuk SK Rapat Jaya...Dikelolakan oleh Puan Noor Aini Abdul Rahman dan juga Cik Shallyna...kita saksikan....










Terima Kasih Sudi Menolong...

Bila dah dekat hujung2 tahun ni mulalah bz memanjang...mcm2 keje dan urusan nak diselesaikan..bz dgn keje takpe la kan...jgn busybody sudah laa....haha...Namun alhamdulillah ada gak pengawas2 PSS yang sudi bantu teacher buat keje...kemas rak buku...proses buku...pendekata macam2 laa...terutama pengawas dari tahun 3, 4 dan 5...sekurang-kurangnya diaorg tolong teacher jaga kelas yg berkunjung ke pss ni...maklumla kan hujung2 tahun ni...penuh dgn murid2 yg adakalanya terlalu bising dgn kebisingan melampaunya...saborr je laa...hmmmm

Kesempatan ini ingin diucapkan ribuan terima kasih pada pengawas2 yang sudi menghadirkan diri dan meluangkan masa menolong apa2 yg patut di PSS ni...terutamanya kepada Aliff Fakhri, Syed Umair, Nurin Nadiah, Syazril. Nur Erinna, Malim Aidil Fikri, Siti Aisyah, Iqbal, Fatin Najwa, Nurin Nabilah, Nizamuddin, Daniel dan Izzul dan juga yg bukan pengawas tp sudi membantu...Aisyah Rosdee, Hamizah dan beberapa org lagi yg dah lupa namanya...thnx sbb memahami kesibukan melampau teacher buat masa ini...hehe...hanya Allah saja yg membalas kebaikan kalian...muahhhhh!!!