Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog Pusat Sumber SK Rapat Jaya, Ipoh, Perak...

Marquee

Friday 18 November 2011

Pertandingan Melukis Dan Mewarna...



Pada 14 Nov yg lalu telah berlangsung pertandingan melukis dan mewarna anjuran Staedtler dan juga Erra Fazira Art Club...berlangsung di dewan terbuka SKRJ...wahhh!!! bukan main lagi adik2 kita melukis dan mewarna lukisan mereka yang bertema Sayangi Haiwan...Berikut adalah paparan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung...Terima kasih pada Staedtler kerana menghargai bakat anak2 kecil ini...semoga bakat terus berkembang dan ilham datang bertandang...





Intai-intai....jom!!!

Jom sesekali kita intai telatah cikgu2 kesayangan...yang hensem macho...yg comey cute...shhhhh...ada antara gambar2 ni candid tauuu....sekadar hiburan dan juga buat tatapan bekas2 murid SKRJ yang merindui cikgu2 mereka....kita saksikan...jom!!!

Wednesday 9 November 2011

Kem Membaca 1Malaysia...

Baru-baru ini telah berlangsung Kem Membaca 1Malaysia dari 31Oktober hingga 4November...Acara yang berlangsung di seluruh Malaysia ini bertujuan menggalakkan tabiat suka membaca di kalangan para pelajar..Apa yang menarik ialah bacaan selama 33.5minit serentak seluruh negara bermula pada jam 9.30 pagi...Banyak lagi aktiviti yg telah dijalankan..nak menerap tabiat suka membaca mmg agak payah untuk dilaksanakan namun alhamdulillah sedikit sebanyak telah menampakkan kemajuan bak kata pepatah alah bisa tegal biasa...Semoga tabiat suka membaca ini akan berterusan dalam jiwa anak bangsa generasi yang bakal mengharumkan nama negara, bangsa dan agama...menjadi manusia berakhlak mulia peribadi terjaga...Kesempatan ini pihak PSS ingin merakamkan ribuan terima kasih pada semua guru yang terlibat dan juga semua murid SKRJ kerana telah menyertai program ini dan memberikan kerjasama yang baik...Berikut adalah beberapa paparan foto yg sempat dirakamkan oleh pihak PSS dan insyaAllah akan menyusul foto2 menarik rakaman jurugambar profesional...sekadar tatapan rentetan peristiwa di Kem Membaca 1Malaysia...


Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Make a picture slideshow

Monday 7 November 2011

Aktiviti Bahasa Inggeris Yr 6 & Yr 1...

Baru-baru ini  berlangsung aktiviti Panatia Bahasa Inggeris di PSS...Aktiviti ini ialah gabungan murid-murid Tahun 6 dan juga Tahun 1...tujuannya ialah untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dan menanam minat murid terhadap Bahasa Inggeris...aktiviti di Bilik Tayangan itu memaparkan bagaimana murid Tahun 6 membuat persembahan dan seterusnya mengajak murid Tahun 1 menyertai mereka menyanyi sambil menari mengikut lagu dan video Youtube yg dipaparkan di layar putih menerusi LCD...Kerjasama antara murid-murid ini adalah cetusan idea oleh Miss Liz...mentor Bahasa Inggeris untuk SK Rapat Jaya...Dikelolakan oleh Puan Noor Aini Abdul Rahman dan juga Cik Shallyna...kita saksikan....










Terima Kasih Sudi Menolong...

Bila dah dekat hujung2 tahun ni mulalah bz memanjang...mcm2 keje dan urusan nak diselesaikan..bz dgn keje takpe la kan...jgn busybody sudah laa....haha...Namun alhamdulillah ada gak pengawas2 PSS yang sudi bantu teacher buat keje...kemas rak buku...proses buku...pendekata macam2 laa...terutama pengawas dari tahun 3, 4 dan 5...sekurang-kurangnya diaorg tolong teacher jaga kelas yg berkunjung ke pss ni...maklumla kan hujung2 tahun ni...penuh dgn murid2 yg adakalanya terlalu bising dgn kebisingan melampaunya...saborr je laa...hmmmm

Kesempatan ini ingin diucapkan ribuan terima kasih pada pengawas2 yang sudi menghadirkan diri dan meluangkan masa menolong apa2 yg patut di PSS ni...terutamanya kepada Aliff Fakhri, Syed Umair, Nurin Nadiah, Syazril. Nur Erinna, Malim Aidil Fikri, Siti Aisyah, Iqbal, Fatin Najwa, Nurin Nabilah, Nizamuddin, Daniel dan Izzul dan juga yg bukan pengawas tp sudi membantu...Aisyah Rosdee, Hamizah dan beberapa org lagi yg dah lupa namanya...thnx sbb memahami kesibukan melampau teacher buat masa ini...hehe...hanya Allah saja yg membalas kebaikan kalian...muahhhhh!!!







Saturday 1 October 2011

Pemenang Kuiz Sempena Bulan Kemerdekaan...

salam...apa kabar semua...punyala sibuk sampai tkde masa nk update blog kita ni...oklah...19 september yg lalu telah berlangsung majlis penutup sambutan bulan kemerdekaan 2011...Macam2 la hadiah untuk berbgai pertandngan dan berbagai kategori telah disampaikan...cuma nak dihaborkan di sini mengenai kuiz kemerdekaan online...kesempatan ini pssskrj nak mengucapkan ribuan terima kasih pada mereka yang mengambil bahagian...terima kasih juga pada parents mereka dan kaum kerabat semua lah yg telah membantu mereka menjawab soalan2 disediakan...walau tk byk penyertaan tp satu permulaan yg bagus...ramai juga yg mengadu tk dpt masuk blog ni...mungkin something wrong somewhere lah...hehe...insyaallah di lain masa kita buat sesuatu yg menarik di sini...Berikut kita saksikan wajah2 pemenang...senyum





tempat pertama..nur qistina balqis dr tahun 2 delima
kedua...aina maisarah dr tahun 3 nilam

nur jaezah dari tahun 6 delima...tmpat ke 3

saguhati...qistina , hilyah, aisyah, nurin...tahun 5

saja posing kat pss...hehe

hadiah yg disediakan


selit sikit...pertandingan basikal berhias...

Sunday 21 August 2011

Kuiz Sempena Bulan Kemerdekaan...

Sempena bulan kemerdekaan PSSSKRJ menyediakan soalan2 kuiz...soalan2 disediakan di blog ini...tujuannya untuk menggalakkan penggunaan internet secara berfaedah dan memahirkan murid2 dgn blog selain mempromosikan blog pss...Untuk menjawab soalan...sila klik comments di akhir post ini dan taipkan jawapan2 anda beserta nombor soalan...Boleh??? Kita cuba ok!!!...Berikut adalah 10 soalan2nya...Hadiah akan disediakan...Insyaallah...

1.   Bilakah tarikh Hari Kemerdekaan Malaysia?

2.  Siapakah " Bapa Kemerdekaan Malaysia "?

3.   Apakah nama Bendera Malaysia?

4.   Apakah tema Hari Kebangsaan Malaysia 2011?

5.   Siapakah nama Perdana Menteri Malaysia yang keenam?

6.   Apakah slogan yang tertulis di ' Jata Negara '?

7.   Di manakah terletaknya Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan?

8.   Apakaha nama Bunga Kebangsaan Malaysia?

9.   Sebutkan Rukun Negara Malaysia yang kelima.

10. Namakan Bandar Diraja bagi Negeri Perak.


Friday 19 August 2011

Jom...nyanyi lagu raya...hehe


Kita kan dah dalam mood raya...apakata kita nyanyi lagu ni sama2...nak nari pun bole...tp jgn sampai terbatal puasa sebab terbuka puasa dah ler yerrrr!!!!....haha







Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2011...

Salam Ramadhan buat semua walaupun dh dekat nk raya...bkn apa..punyala sibuk sampai tkde masa nk update..kena lak bulan puasa...mata ni sng jer nk pejam...tengah menaip pun leh pejam..mcm la teruk bebenor posenyer yer!...hehe...orait..amacam korang semua...puasa ke tidak?? berapa hari tinggal puasa ni hah??? Apa2 pun sedarlah wahai anak2ku...puasa  itu satu ibadat...melatih diri supaya hidup lebih berkat..so jgn suka2 ponteng haa...ok!!

PSS dgn kerjasama panitia Sivik, Kajian Tempatan dan Bahasa Melayu telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan berbagai aktiviti untuk Bulan Kemerdekaan 2011..maka pd 16Ogos yang lalu pelancaran bulan ini telahpun dilaksanakan oleh Puan Faridah..Guru Besar SK Rapat Jaya..Insyaallah berbagai aktiviti akan kita jalankan nanti sehinggalah 16Sept 2011..so jgn lupa menyertainya ok!!

Di kesempatan ini ..ingin disampaikan jutaan terimkasih kepada Puan Faridah...Puan Siti Zabedah..Puan Sofiah..Ketua2 Panitia berkenaan dan juga semua guru dan murid kerana telah bekerjasama dalam program ini...terutamanya murid2 yg tanpa kenal penat berpuasa telah berarak sambil mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu2 patriotik dgn penuh semangat...rasa teruja dan terharu sungguh kerana objektif untuk menyemaikan semangat kemerdekaan nampaknya membuahkan hasil meskipun sekadar di peringkat sekolah cuma...terima kasih semuaaa!!!.....Berikut kita saksikan beberapa rakaman sepanjang peristiwa berlangsung...
jom!!!

sedia untuk berarak...

ada mcm tk kena jer ni...hihi

comey2 adik2 pra sekolah...

kibarkan jalur gemilang anda!!!

semangattt!!!

wahhh...cantik cap nampak!!..beli mana ni??

panas terik pun...jalan juga...i likee!!!


jgn menung2...letih puasa ek....

tu diaa....bdk2 pra semnagatt!!
amboi...sempat posing pulakkk dah..



Pelancaran...

Ucapan Puan Faridah...GB

Sunday 24 July 2011

PSS ohh PSS...

Hye gang...salam...i miss u all lah my anak2 sekelian...amacam ujian bulan Julai...bole ke korang buat...harap2 semuanya dapat keputusan yg membanggakan...kalau tk dpt cuba lagi kan...insyaallah dgn usaha pasti akan berjaya...selalu doakan agar korang semua bjaya dan terbaik dalam pelajaran dan juga dalam kehidupan menjadi seorang manusia...Kali ni nak bg la tgk ruang PSS kita yg diubahsuai...amacam...suka tak...inilah sekadar yg termampu dibuat...kalau bole nk elok lagi kan...nak buat cantik mcm hotel 5 bintang...hihihi...tp apakan daya modal tkde beb...yg dah selalu bertandang ke sini tentu dh melihatnya...bg yg tak pernah naik sini sj la nk tunjuk sikit...terutama pd mantan2 pengawas PSS tu...singgah ler sini bila korang free...jenguk2 teacher ok...ni blom 100% puashati lg...byk lagi keje nk dibuat bg puashati...nk mekap2 lagi PSS korang ni...jom tolongggg!!! hehehe...











Tuesday 12 July 2011

Buku-buku Terbaru Sumbangan ITNM...

Fuhh...lama tk tulis apa2 kat sini...byk keje la beb!..hehe..Kali ni nak tunjuk buku2 baru sumbangan ITNM..apa itu ITNM?...Haa...korang kena tau especially pengawas2 PSS...Institut Terjemahan Negara Malaysia...berpejabat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur...Dah banyak kali dah kita terima sumbangan buku2 dari sini...tula ..lain kali bila baca tgk dari kulit ke kulit...hehe..Buku2 kali ini mmg very interesting...korang pasti suka membacanya...cover cantik...illustrasi menarik...dalam bentuk komik pun ada...semua citer2 sains yg pasti korang minat...selalu2 lah dtg bertandang ke PSS yg jauh di atas ni...dah penat2 dihias bg cantik supaya korang selesa di sini...jgn lupa dtg ok!!...yabedabeduu!!...hihi...