Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog Pusat Sumber SK Rapat Jaya, Ipoh, Perak...

Marquee

Wednesday 24 August 2016

Kuiz Sempena Bulan Kemerdekaan 2016

Assalamualaikum semua...sempena bulan kemerdekaan ni seperti biasa pihak pss mengadakan kuiz kemerdekaan online . Diharapkan agar murid-murid SKRJ semua akan cuba menjawab soalan-soalan ini dengan bantuan ibubapa. Selain dapat menambahkan ilmu dalam subjek sejarah, adalah diharapkan kemahiran IT murid akan bertambah dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan juga hubungan ibubapa dan pihak sekolah khususnya pihak pusat sumber sekolah..Kesudian menyertai kuiz ini amatlah dialu-alukan dan didahului dgn ucapan ribuan terima kasih.

Soalan-soalannya:

1.   Lagu kebangsaan " Negaraku " adalah berasal dari lagu kebangsaan negeri Perak yang                         berjudul..........................................................

2.   Tunku Abdul Rahman telah mangkat pada 6 Disember 1990 pada usia .........................tahun.

3.   Sebutkan tarikh penuh kemerdekaan Malaysia.

4.   Siapakah Yang Di-pertuan Agung Malaysia yang Pertama?

5.   Apakah nama lagu tema kemerdekaan 2016?

6.   Berapakah ketinggian menara berkembar Petronas?

7.   Apakah nama model pertama Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd.?

8.   Apakah nama menara telekomunikasi paling tinggi di Asia Tenggara?

9.   Jambatan terpanjang di Asia Tenggara ialah ............................................

10. Apakah nama kapal angkasa Rusia yang dinaiki oleh Dr. Sheikh Muszaphar Shukur Sheikh                 Mustapha di bawah Program Angkasawan Malaysia?

      Sila jawab di ruangan komen.   Terima kasih.

Thursday 19 May 2016

Lagu Guru Malaysia

Sepertimana lazimnya, setiap tahun adalah menjadi lagu wajib guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia...Selamat Hari Guru 2016...semoga semua guru SKRJ terus memberikan khidmat cemerlang dalam mendidik anak bangsa dan sukses dalam apa jua bidang yang diceburi...


Saturday 30 April 2016

Anugerah Guru Popular 2016...

Sempena Hari Guru 2016 yang bakal tiba pada bulan Mei ini, pihak pss SKRJ sebagaimana lazimnya setiap tahun mengadakan undian online untuk memilih guru yang dianggap popular dikalangan murid-murid sekolah ini...Anugerah ini sekadar suka-suka sahaja selain mempromosikan pss...Terbuka kepada siapa sahaja....murid dan bekas murid SKRJ, ibubapa, bekas guru SKRJ dan juga sahabat handai dan saudara mara pendekata semualah sesiapa yang ingin mengundi...Semua guru di sekolah inipun adalah popular di kalangan murid-muridnya...Aktiviti ini bukanlah untuk membanding beza kepopularan guru cuma secara tak langsungnya dapat mendedahkan murid kepada kemahiran dunia teknologi maklumat...Undilah semua guru pun tidak mengapa dan anda bole mengundi setiap hari sehingga 15 Mei jam 12 tengah malam...Selamat mengundi di kotak yang dipaparkan di sebelah kiri blog ini...Terima kasih pada yang telah mengundi dan akan kita saksikan nanti apakah keputusannya...In shaa Allah...

Tuesday 19 April 2016

Majlis Perpisahan Cikgu Norshallyna Bt Khairuddin.....

Pada hari Jumaat yang lalu iaitu pada tanggal 15 April 2016 telah diadakan majlis perpisahan untuk Cikgu Norshallyna atau lebih dikenali sebagai Teacher Shally...merupakan hari terakhir teacher Shallyna berkhidmat di SKRJ setelah 7 tahun menabur bakti di sini...Majlis berlangsung dengan suasana sedih dan linangan airmata...Meskipun rasa teramat sedih namun pihak PSS mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kerana kenaikan pangkat yang diterima bak kata pepatah rezeki jangan ditolak...Di sini juga ingin diucapkan ribuan terima kasih kepada Teacher Shally kerana telah berkhidmat dengan penuh dedikasi menabur bakti pada anak bangsa di sini serta menyumbang tenaga dan idea dalam melancarkan pengurusan Pusat Sumber SK Rapat Jaya....Segala jasa dan kenangan in shaa Allah takkan dilupa dan hanya Allah jua yg dapat membalasnya...Semoga Teacher Shallyna terus memberikan kerja cemerlang di tempat baru iaitu di Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara dan terus membantu kami di sini menaikkan prestasi Bahasa Inggeris meskipun sekadar memberi idea, kami tetap menghargainya...

Selamat bertugas di tempat baru Teacher Shallyna...Selamat Maju Jaya dan dirahmati Allah segala usaha dan abadikanlah kenangan bersama suka duka di SK Rapat Jaya....We love you !!!


Monday 18 April 2016

Sambutan Hari Lahir Guru & Murid SKRJ 2016 - Jan - Mac...

Baru-baru ini Unit HEM telah mengadakan sambutan hari lahir guru-guru dan murid-murid SKRJ 2016 yang lahir diantara bulan Januari hingga March... Majlis diadakan dengan begitu meriah sekali dengan nyanyian lagu hari lahir dan juga suapan kek oleh guru-guru kelas kepada murid-murid yang diraikan dari kelas masing-masing. Cikgu Azli Kamal menjadi pengacara majlis dan semua guru terlibat dan diucapkan ribuan terima kasih...Kita saksikan gambar kenangan sepanjang majlis berlangsung...


Saturday 5 March 2016

Throwback Majlis Persaraan Cikgu Jamaluddin 2015

Cikgu Jamaluddin Bin Haji Dahlan merupakan guru yang paling lama menyumbangkan khidmat kepada SK Rapat Jaya...beliaulah caretaker sekolah ini dan merupakan antara yg paling disenangi oleh murid2 dgn sifat penyayangnya. Telahpun bersara pada Ogos 2015. Berikut ialah rakaman rentetan peristiwa istimewa majlis persaraan beliau....kita saksikan...