Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog Pusat Sumber SK Rapat Jaya, Ipoh, Perak...

Marquee

Tuesday 4 November 2014

Istimewa Untuk Anak2 SKRJ - Pengunjung Setia PSS

Kehadiran kalian, anak2 skrj berkunjung ke pss sangat dialu2kan .. memeriahkan lagi suasana pss dengan berbagai aktiviti yang dijalankan...hasrat ingin menanamkan semangat suka membaca diharap dapat tersemai di jiwa anak2 SKRJ...selaras dgn motto pss - budaya membaca budaya kita...jadikanlah membaca sebagai satu budaya mengisi masa senggang .. alah bisa tegal biasa...sebulan sebuah buku kelak menjadi sehari sebuah buku andainya tersemai hobi membaca ini...adalah diharapkan anak2 SKRJ akan kaya dgn ilmu di samping sahsiah dan penampilan diri yg semakin membanggakan hari demi hari...semoga Allah swt memberikan seribu rahmat dan keberkatan kepada kita warga SKRJ...aminnn

Sambutan Hari Kanak-kanak 2014...

Kita saksikan pula klip video sekitar sambutan hari kanak2 yg telah berlangsung dengan jayanya... penglibatan guru dan murid SKRJ sangat dibanggakan dan penuh riang ria bertakhta di jiwa...semoga kita bersama lagi menyambutnya di tahun2 yang akan datang...inshaa allah...kepada murid2 tahun 6, inilah tahun terakhir menyambut hari kanak2 dan setelah ini melangkahlah ke alam remaja di sekolah menengah...semoga kejayaan sentiasa mengiringi hidup kalian...

Thursday 30 October 2014

Kejohanan Padang dan Balapan 2014...

Sekitar Kejohanan Padang dan Balapan 2014... meskipun hujan turun mencurah, alhamdulillah keriangann masih terasa, menjadi kenangan sukan terindah SKRJ...

Sukantara 2014

Sekadar ingin berkongsi detik- keriangan semasa SUKANTARA 2014....Kita saksikan...

Thursday 21 August 2014

NYALAKAN TEKAD - LAGU YANG PALING DIGEMARI OLEH ANAK2 SKRJ




Kuiz Kemerdekaan 2014...

Sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan 2014, pssskrj turut sama menyediakan beberapa aktiviti. Di sini diberikan 10 soalan berkisar pada topik kemerdekaan. Murid-murid bolehla menjawab soalan-soalan ini dengan bantuan ibubapa, rakan ataupun guru dan tuliskan jawapan anda di ruang komen di bawah. Hadiah akan disediakan dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 10 September, 2014. Berikut ialah soalan-soalannya...

1.  Siapakah Bapa Kemerdekaan Negara kita?

2.  Tahun ini merupakan tahun kemerdekaan Malaysia yang ke......

3.  Apakah gelaran untuk Bendera Malaysia?

4.  Tun Hussein Onn ialah Perdana Menteri Malaysia yang ke......

5.  Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 selepas berlakunya tragedi yang menghancurkan              perpaduan dan ketenteraman negara.  Bilakah tragedi tersebut berlaku?

6.  Apakah Rukun Negara yang ketiga?

7.  Rekabentuk bendera Malaysia mempunyai jalur berwarna .......................................

8.  British adalah penjajah terakhir yang menjajah Tanah Melayu sebelum mencapai Kemerdekaan pada 31       Ogos 1957.  Betul atau Salah?

9. Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu untuk membentuk Negara Malaysia pada tahun ............

10.  Apakah slogan 1 Malaysia?

Sila lengkapkan slogan berikut:
Saya bangga menjadi anak Malaysia kerana .................( Tidak lebih daripada 30 patah perkataan )




          HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA..SEMOGA ALLAH MELINDUNGI DAN MERAHMATI NEGARA TERCINTA

Salam 1Malaysia 2014...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya...

Apakabar anakanda-anakanda anak didik SKRJ yang sangat dikasihi?..Semoga semuanya berada didalam keadaan sihat walafiat dan bahagia selalu di samping keluarga dan juga disamping terus menimba ilmu di SK Rapat Jaya. Begitu jua yang diharapkan pada ibubapa dan guru2 dan semua warga SKRJ.

Begitu lama kita tidak bersua di alam maya...dunia pssskrj atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan dan juga masalah teknikal dan kekangan waktu yang begitu terhad sekali. Inshaa Allah akan diteruskan dengan informsi berita2 dan aktiviti2 yang dijalankan oleh pihak sekolah khususnya pssskrj ini.

Adalah diharapkan agar pssskrj terus mendapat sokongan dari semua murid dan juga guru serta ibubapa dalam usaha memantapkan lagi perjalanan sebuah pusat sumber. Bak kata pepatah, tak kenal makan tak cinta, maka marilah bersama kita kenali apa itu pss , apa itu budaya membaca, tambahkan ilmu di dada, jadilah insan berhati mulia....salam sayang dari saya...biar jauh di mata tapi terasa dekat di alam maya... jumpa lagi, insyaa allah....