Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog Pusat Sumber SK Rapat Jaya, Ipoh, Perak...

Marquee

Monday 30 May 2011

Cikgu Rokiah Bertukar...

Sedih rasanya nak memaklumkan di sini bahawa cikgu kesayangan dan idola ramai pelajar iaitu Puan Rokiah Bt Shaari telahpun bertukar ke SK Sg. Rokam..Mantan guru pss itu akan memulakan tugas di sek barunya selepas cuti penggal ini..Sekarang Cikgu Rokiah berada di tanah suci Mekah kerana menunaikan umrah bersama suami tercinta...Moga beliau selamat menunaikan ibadah umrah dan kembali ke tanahair..Selamat bertugas di tempat baru kami ucapkan kepada Cikgu Rokiah...jangan lupakan kami di sini...jenguk2lah kami selalu....kenangan bersamamu tetap abadi dalam ingatan...susah senang bersama di SKRJ takkan terlupakan...


Monday 16 May 2011

Anugerah Guru Popular 2011...

Anugerah Guru Popular 2011...hehehe...maka ramai jugalah murid dan bekas2 murid yg mengambil bahagian dengan mengundi di laman blog pss ini...terima kasih diucapkan di atas penyertaan anda...bukan apa...sebenarnya pihak pssskrj mengadakan undian ini untuk mendedahkan murid kepada dunia internet..kalau boleh biar ramai yg celik IT...sebab dunia internet bukan setakat pandai main game aje...mcm2 ilmu dan segalanya hanya dihujung jari...ada apa2 yg tak faham bole tanya teacher dan pakar2 IT yg lain...mereka bole tlg ajar insyaallah...buat apa kedekut ilmu kan...hehehe...baiklah...berikut dipaparkan gambar guru2 yang telah meraih gelaran Guru Popular 2011...

Ini dia Cikgu Zorin...undian terbanyak...hensem tak?..hihi

diikuti oleh Cikgu Intan...bakal seorang ibu yang manis...

Cikgu Rokiah...sentiasa dalam ingatan anak didiknya...

Ustazah Puteri...sifat keibuan menjadi ingatan...

Ni diaa...Ustazah Suliana...baru di skrj tp ramai peminat beb..tp ini PUAN yer...hehe

cenderahati yang termampu disediakan oleh pihak pssskrj untuk guru2 popular..sebagai kenangan sambil senyum sorang2...hehehe

Sambutan Hari Guru 2011...

Hari ini ialah Hari Guru...Guru Menjana Transformasi Pendidikan...itulah temanya pada tahun ini...SKRJ dan warganya tidak ketinggalan menyambut hari yg bermakna untuk kaum guru ini setahun sekali...maka pagi tadi bertempat di dewan terbuka dan dataran SKRJ sambutan Hari Guru ini telah diadakan...berikut adalah antara gambar2 sepanjang program berlangsung...

perhimpunan di dewan terbuka skrj

bacaan ikrar oleh guru-guru

bersabar sementara menunggu acara seterusnya

kira bola tu betul2....

bergaya bersama jambangan bunga hadiah dr murid

main batu seremban...

melengkapkan puzzle...cepattt!!!

kek sumbangan dari YB Hamidah Osman...thnx YB...sedappp

Tuesday 10 May 2011

Sedetik Lebih...khas untuk anak2 bonda.. pelajar SKRJ...

Terpaut hati tatkala pertama kali mendengar lagu ini...dari hati seorang ibu...begitu juga seorang guru..dari hati seorang anak maupun bisikan hati seorang pelajar...lirik lagu ini amat bermakna...sempena Hari Ibu dan Hari Guru...pihak pssskrj..mendedikasikan lagu ini khas untuk semua ibu...guru dan juga murid SKRJ..antara kita saling memerlukan...hayatilah senikata lagu ini...

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata kuperlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa kubernyawa
Kasihku...kuamat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Dikala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang kumiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Ibu...terimakasih kerana melahirkan dan mendidikku
Guru...tanpa cikgu siapalah aku
Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru...jasamu kukenang selamanya...

Monday 9 May 2011

Teruskan Mengundi...!!

Salam geng...jangan lupa untuk terus mengundi cikgu2 pujaan anda untuk Anugerah Guru Popular...hihihi....sambil tu bole kita dengar lagu Anuar Zain - Sedetik Lebih....sure korang suka lagu ni kan...jgn lupa...tinggal 5 hari lagi nak vote cikgu2 idola korang...bekas2 murid skrj juga amat dialu2kan...bekas pengawas pss...harap korang skarang ni semakin maju dalam pelajaran dan terus sukses dalam apa jua bidang yg diceburi...(bidang yg elok ler...haha)...harap selalu tolong cikgu korang kat sek menengah tu sebagaimana korang selalu tolong teacher kat sini...jaga budi bahasa cermin peribadi kita...salam rindu dan sayang selalu...muahhh!!!

Friday 6 May 2011

Walkathon dan Program Pencegahan Dadah

 Alhamdulillah Program Walkathon dan program Pencegahan Dadah telah pun berlangsung dgn jayanya di dataran SKRJ dan juga Dewan Terbuka SKRJ . Sambutan yang diberikan oleh ibubapa dan murid2 amat menggalakkan...Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pd jam 11.30 pagi...Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang yang telah memberi sumbangan, mengambil bahagian dan juga bekerjasama dalam menjayakan program ini..Semoga segala sumbangan anda diberkati Allah dan dapat memberi manafaat kepada anak2 didik SKRJ ke arah melahirkan generasi berilmu yang berguna untuk agama, bangsa dan negara...Aminn...
Bermula dgn senamrobik...

keletihan sebaik tiba ke garisan penamat...

cepat...cepat!!!

pameran pencegahan dadah...

asyik melihat apa yang dipamerkan...

susun cikgu jgn tak susun...hehe

hadiah yang disediakan untuk pemenang

hamper untuk cabutan bertuah...

semoga apa yag dipamerkan memberi ilmu...

org kuat walkathon..SU PIBG..cikgu zul

Thursday 5 May 2011

Walkathon 2011...

Sabtu ni 7.5.2011 program walkathon akan diadakan di SK Rapat Jaya...program ini anjuran PIBG SKRJ...jom kiter sama2 meriahkan program ini...Setiap murid yg nak menyertainya perlu ada ibubapa atau ahli keluarga yg menemaninya (berpasangan gitu..hehe)..Bukannya apa...selain memastikan keselamatan tujuan utamanya adalah menggalakkan penglibatan ibubapa dalam apa jua program sekolah..dah namapun anjuran PIBG..jd mestilah ada IBnya bukan G saja...hehe..Sesekali kita ujudkan semangat kerjasama dan eratkan silaturrahim antara ibubapa dan pihak sekolah apa salahnya kan...Anak-anak pun pastinya rasa seronok sangat kalau mak ayah join sekali...bukan kemenangan yang diharapkan (walaupun nak juga menang...hehe)..tapi kemeriahan bila kita sama2 menyertainya..kita jalan ramai2...ada rezeki menang dapat ler hadiah...jgn lupa yer...moh kiterr!!!

Monday 2 May 2011

Mari Mengundi...

Jangan terkejut!!!...Relax!!...ini bukan undi pilihanraya...hehe...fuhhh!!

Sempena sambutan Hari Guru 2011...PSS nak bagi anugerah...kononnya...hehe...kepada guru2 yang paling popular ( idola bebudak..hihi)..cewahh!!...jadi diminta murid2..maupun ibubapa/penjaga atau sape2 lah...sudi vote cikgu2 ni...alaa...saja suka2...takkan nak serius memanjang kan...

Ok...jangan lupa...undi jgn tak undi tau!!