Assalamualaikum...Selamat Datang ke blog Pusat Sumber SK Rapat Jaya, Ipoh, Perak...

Marquee

Saturday 30 April 2016

Anugerah Guru Popular 2016...

Sempena Hari Guru 2016 yang bakal tiba pada bulan Mei ini, pihak pss SKRJ sebagaimana lazimnya setiap tahun mengadakan undian online untuk memilih guru yang dianggap popular dikalangan murid-murid sekolah ini...Anugerah ini sekadar suka-suka sahaja selain mempromosikan pss...Terbuka kepada siapa sahaja....murid dan bekas murid SKRJ, ibubapa, bekas guru SKRJ dan juga sahabat handai dan saudara mara pendekata semualah sesiapa yang ingin mengundi...Semua guru di sekolah inipun adalah popular di kalangan murid-muridnya...Aktiviti ini bukanlah untuk membanding beza kepopularan guru cuma secara tak langsungnya dapat mendedahkan murid kepada kemahiran dunia teknologi maklumat...Undilah semua guru pun tidak mengapa dan anda bole mengundi setiap hari sehingga 15 Mei jam 12 tengah malam...Selamat mengundi di kotak yang dipaparkan di sebelah kiri blog ini...Terima kasih pada yang telah mengundi dan akan kita saksikan nanti apakah keputusannya...In shaa Allah...

Tuesday 19 April 2016

Majlis Perpisahan Cikgu Norshallyna Bt Khairuddin.....

Pada hari Jumaat yang lalu iaitu pada tanggal 15 April 2016 telah diadakan majlis perpisahan untuk Cikgu Norshallyna atau lebih dikenali sebagai Teacher Shally...merupakan hari terakhir teacher Shallyna berkhidmat di SKRJ setelah 7 tahun menabur bakti di sini...Majlis berlangsung dengan suasana sedih dan linangan airmata...Meskipun rasa teramat sedih namun pihak PSS mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kerana kenaikan pangkat yang diterima bak kata pepatah rezeki jangan ditolak...Di sini juga ingin diucapkan ribuan terima kasih kepada Teacher Shally kerana telah berkhidmat dengan penuh dedikasi menabur bakti pada anak bangsa di sini serta menyumbang tenaga dan idea dalam melancarkan pengurusan Pusat Sumber SK Rapat Jaya....Segala jasa dan kenangan in shaa Allah takkan dilupa dan hanya Allah jua yg dapat membalasnya...Semoga Teacher Shallyna terus memberikan kerja cemerlang di tempat baru iaitu di Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara dan terus membantu kami di sini menaikkan prestasi Bahasa Inggeris meskipun sekadar memberi idea, kami tetap menghargainya...

Selamat bertugas di tempat baru Teacher Shallyna...Selamat Maju Jaya dan dirahmati Allah segala usaha dan abadikanlah kenangan bersama suka duka di SK Rapat Jaya....We love you !!!


Monday 18 April 2016

Sambutan Hari Lahir Guru & Murid SKRJ 2016 - Jan - Mac...

Baru-baru ini Unit HEM telah mengadakan sambutan hari lahir guru-guru dan murid-murid SKRJ 2016 yang lahir diantara bulan Januari hingga March... Majlis diadakan dengan begitu meriah sekali dengan nyanyian lagu hari lahir dan juga suapan kek oleh guru-guru kelas kepada murid-murid yang diraikan dari kelas masing-masing. Cikgu Azli Kamal menjadi pengacara majlis dan semua guru terlibat dan diucapkan ribuan terima kasih...Kita saksikan gambar kenangan sepanjang majlis berlangsung...