![]() |
| Make a picture slideshow |
Sudi-sudi lah bertandang ke PSS dan juga Laluan NILAM...Membaca Jambatan Ilmu...
Wednesday, 9 November 2011
Kem Membaca 1Malaysia...
Baru-baru ini telah berlangsung Kem Membaca 1Malaysia dari 31Oktober hingga 4November...Acara yang berlangsung di seluruh Malaysia ini bertujuan menggalakkan tabiat suka membaca di kalangan para pelajar..Apa yang menarik ialah bacaan selama 33.5minit serentak seluruh negara bermula pada jam 9.30 pagi...Banyak lagi aktiviti yg telah dijalankan..nak menerap tabiat suka membaca mmg agak payah untuk dilaksanakan namun alhamdulillah sedikit sebanyak telah menampakkan kemajuan bak kata pepatah alah bisa tegal biasa...Semoga tabiat suka membaca ini akan berterusan dalam jiwa anak bangsa generasi yang bakal mengharumkan nama negara, bangsa dan agama...menjadi manusia berakhlak mulia peribadi terjaga...Kesempatan ini pihak PSS ingin merakamkan ribuan terima kasih pada semua guru yang terlibat dan juga semua murid SKRJ kerana telah menyertai program ini dan memberikan kerjasama yang baik...Berikut adalah beberapa paparan foto yg sempat dirakamkan oleh pihak PSS dan insyaAllah akan menyusul foto2 menarik rakaman jurugambar profesional...sekadar tatapan rentetan peristiwa di Kem Membaca 1Malaysia...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment